skdjasmin.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA JASMIN
SK DESA JASMIN, BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN Tel : 067590960, Faks :
e-mel : skdjasmin@zoom-a.com

| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | SEJARAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

 
Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin ditubuhkan pada 1 Januari  2000. Ia dibangunkan di atas tapak  seluas 6.5 ekar dengan 4 blok bangunan sekolah oleh Pemaju Bandar Baru Nilai untuk Kementerian Pendidikan  Malaysia. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan seperti makmal sains, bengkel kemahiran  hidup, bilik seni,  bilik muzik, surau, pusat sumber, bilik kaunseling, bilik sakit (klinik) dan makmal komputer. Untuk bersukan  disediakan 2 buah gelanggang iaitu badminton dan sepak takraw, padang berumput dan sebuah bilik  persalinan sukan yang selesa. Sekolah ini juga mempunyai sebuah dewan iaitu dewan terbuka. Kapasiti  maksimun  ialah 1050  murid  dengan  30 bilik  darjah.
Sekolah  ini bermula dengan bilangan murid seramai 55 orang dan dikategorikan sebagai SKM  (Sekolah  Kurang  Murid). Kelas Pengajaran dan Pembelajaran beroperasi  dari Tahun Satu hingga Tahun Lima.  Murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada penduduk sekitar Taman Desa Jasmin, Pekan Nilai dan sedikit  daripada Desa Anggerik. Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu En. Isahak B. Manap, 6 orang guru akademik, seorang pembantu tadbir dan tiada kakitangan sokongan yang lain. Mereka  mengendalikan kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 5, pentadbiran, pengurusan dan keceriaan sekolah. 


Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

 
Pada tahun 2003 Prasekolah telah wujud dengan bilangan murid 25 orang. Sambutan terhadap  Prasekolah ini amat menggalakkan. Melangkah ke tahun kedua Prasekolah, kemudahan yang disediakan kian bertambah dan suasana kelas semakin ceria. 
Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin yang diterajui oleh Guru Besar yang kedua iaitu Pn. Nor Laila Bt.  Mohd. Yatib, berkembang baik dengan pertambahan bilangan murid. Pada sesi persekolahan 2004 bilangan  murid meningkat kepada 250 orang dengan 15 tenaga guru serta 2 orang kakitangan sokongan. Dengan pertambahan bilangan murid ini SKDJ tidak lagi dikategorikan sebagai SKM. Sehubungan dengan itu, mulai sesi  persekolahan 2004 ia layak mendapat seorang GPK  I, GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Ko-Kurikulum lantikan  sekolah. Mereka berperanan membantu guru besar melicinkan lagi pentadbiran dan pengurusan sekolah.
.
 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: